Friday, March 30, 2012

Global March to Jeruselam ( Day 1)

Assalamu'alaikum wbt Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera. Alhamdulillah delegasi seramai 23 orang telah berlepas dari KLIA dengan selamat dan kini transit di Kaherah. Flight seterusnya jam 8:30pg waktu tempatan dan tiba ke Amman Jordan jam 10:00pg. Pagi tadi kelihatan delegasi sedang khusyuk menulis mengemaskini fb, email masing-masing. Kini kami telah berada di Hotel Misk, Shmeisani Jordan. Cuaca di sini sejuk sekitar 16 degree Celcius walaupun suasana terang benderang. Kami menghirup udara segar bumi Jordan yang penuh dengan kisah sejarah para anbiya yang diberkati ini dalam musim Spring yang baru bermula. Doakan perjalanan ini diberkati Allah swt. Semuga misi kami membawa amanah rakyat Malaysia untuk membuka mata masyarakat dunia tentang kezaliman Israel tercapai. Pastinya Shahrul Aman dan teamnya sedang bertungkus lumus merancang dan mengatur untuk program besok.  Untuk makluman semua, sepanjang ketiadaan saya, urusan Konvoi MyGMJ akan diambil alih Sdr Aidil Akhbar dan dibantu oleh Ibnu Khalid Jurait (IKJ). Mesyuarat ke-9 bersama team marshall telah diadakan malam semalam selepas mereka menghantar delegasi 23orang ke Jordan. Meriah KLIA malam tadi dengan marshall yang memakai bandana MyGMJ. Antara yang dirancangkan ialah para peserta konvoi berkumpul di 3 tempat berikut jam 5 ptg: Selatan: R & R Awan Besar Timur: Hentian Duta Utara: Hentian Sungai Buluh InsyaAllah 5 marshall bersama 2 polis trafik (kalau dapat, doakan) akan mengiringi setiap kumpulan yang dijangka bertolak jam 5 petang daripada tempat berkumpul. Apapun, sila rujuk Pengarah Konvoi MyGMJ Akhi Aidil untuk maklumat lebih lanjut dan tepat. Tak pasti samada hebahan telah dibuat sebelum ini. Saya mendoakan MyGMJ di Stadium Melawati akan berjalan dengan baik seperti yang dirancag. Juga perjalanan peserta konvoi yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, semuga perjalanan antum dinaungi dengan rahmat dan berkat Allah swt. Mohon doakan kesejahteraan kami yang akan berarak ke Jerusalem besok. Rasa ingin sahaja membaling batu kepada tentera yang zalim itu. Satu sejarah sedang tercipta. Oleh anak-anak muda, dewasa, pelbagai agama, bangsa dan negara yang sudah muak dengan kezaliman tentera Israel laknatuLlah. Jom kita berarak ke Baitulmaqdis. From The Mountains To The Sea Palestine Will Be Free!!! Zun Arif Hakim Delegasi MyGMJ Amman, Jordan